TENTANG KAMI


Syarikat kami telah beroperasi semenjak tahun 2006 di Bandar Penawar. Bermula tahun 2006 sehingga sekarang pihak syarikat Prolifik Teknik telah memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan lesen memandu,dimana syarikat kami mempunyai permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu no rujukan permit syarikat ialah J1024 yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Perlesenan Institusi Memandu Malaysia Barat. Syarikat kami dilengkapi dengan bangunan yang mempunyai pejabat,bilik-bilik kursus dan litar untuk latihan dan ujian memandu. Dimana kami mempunyai 3 bilik kuliah dan 1 bilik khas untuk pegawai JPJ(Urusetia JPJ). Calon-calon yang telah berjaya mendapatkan lesen memandu dianggarkan seramai dua puluh satu ribu (21000) orang semenjak syarikat ditubuhkan. Jumlah ini juga termasuk calon-calon yang berpindah dari sekolah memandu lain. Syarikat kami telah dipantau oleh Jabatan Pengangkutan JPJ Negeri pada 7/02/2011,15/11/2011, 25/05/2012, 06/09/2012, 04/09/2013, 08/10/2013, 04/03/2014 dan 14/08/2014 untuk melihat keadaan litar, kualiti kerja dan pengurusan pejabat. Keputusan sangat memberangsangkan daripada mereka. Kami menyediakan latihan serta ujian bagi semua kelas seperti motosikal, kereta, lori dan latihan lanjutan.